Thursday, 7 November 2013

Kedai Roti Verbena

Amacam tajuk post 'Kedai Roti Verbena'? kihkihkih

Nama sedap dia Verbena;Bakery and Pastry Shop. Begitu aku rasa.

Ni adalah bakery yang boleh direkemen kepada orang ramai. Roti dia sedap, takde rasa generic yang ada bila bakery start buat mass production. Kadang-kadang, org yang jual roti dan pastry ni, bila dah start jual banyak, rasa dia sama, struktur doh keras dan rasa yis dia terlebih. Kedai ni tak...roti, kek, segala benda yang aku makan rasa sedap. Yums

Lunch tadi makan kat sini. Aku pilih roti yang tak pernah makan dan/atau nama yang pelik-pelik. Aku amek Jappanese Milk Roll, Cinnamon Roll, French Brioche, Pretzel, French Blini. Semua sedap! Pretzel dia tak sesedap Aunty Anne's tapi masih masuk kategori yummy. Cinnamon roll lembut, rasa kayu manis tak kuat dan ada crunchy bits dalam setiap layer emm dap dap dap.

Selalu kalau datang sini, akan ada chef yg rasanya adalah owner/manager bakery. He's chinese but he has tanned skin. Muka macam melayu tapi bila cakap pelat cina! Sometimes bila dia ada, I would stare at him tanpa sengaja and when he speaks, I just drool haha. Over.

Tadi dia takde plak, *mencik*.
*tampar diri sendiri*

Lokasi : Kulai. Sila google maps :p


2 comments:

  1. Hai..saya nak tau lah,verbena ni ada sijil halal ke tak ye?saya pun suka beli roti kat sini,tapi baru2 ni ada kawan bgtau yg verbena ni xde sijil halal..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa tulah jd takut pulak.. sy pon suka☹️😢

      Delete