Saturday 16 November 2013

Hidup Setakat Ini

Orang kata, jangan buat keputusan bila tengah marah. Setuju, malah boleh tambah lagi satu; jangan tulis blog ketika marah. Kebarangkalian untuk mencarut itu tinggi.

Minggu lepas adalah minggu kemarahan aku. Sebab sekarang dah cool down, so tak kuasa nak ingat dan cerita balik. Bagus jugak. Melayan asshole ketika bekerja adalah menyakitkan jiwa dan raga. So buhbye.

Anything interesting I did this weekend? No not really. Cuma melawat nenek sedara di hospital kemudian dengan atuk nenek sedara lagi satu beserta emak makan2 di Kotaraya. Atuk sedara jumpa kawan lama kat situ, we had good conversation while eating so, my weekend is pretty occupied I guess. *smirk*

Progress of life?
Takde.

Kehidupan adalah suatu rutin yang biasa dan kadang kala membosankan.

I am a spender, and gain less than what I usually spent really. Sempena tahun baru hijrah tak lama dulu, salah satu new year resolution adalah untuk menjual sesuatu. I can do it!

what to sell?

Pic from here


Barang baby. Entah tak tau kenapa, but I'm running the business successfully for the past few months. Well, running the business inside my mind only haha. Nak jual online atau nak buka kedai atau nak buat dropship je..hmm, that to be decided. Ya allah, bukakanlah jalan untuk hambamu ini. Biar terang benderang agar aku nampak. Cmon orked, you can do it!

hmm hmm hmm...



ADA SAPE2 NAK BELI STROLLER???
pm me for best price~



gitewww hehee
:p

Sunday 10 November 2013

JB 5D Cinema at Daiman Bowl and My Weekend.

Hello!

Pertama, pergi tengok wayang 5D (5D Mini Motion Cinema) dengan kawan-kawan. Seronott. hihihi. Wayang 5D ni konsepnya feel what you watch. Meaning that, akan ada unsur air, buih, asap kerusi bergerak-gerak semua masa menonton. Sangat berbeza, unik dan menarik. We watched 3 short movies in the price of two. ;) The owner aka uncle Steven was generous enough to let us watch the third movie for free! (must because of my charm, haha)

The cinema is located inside the Daiman Bowl at level 2. 




merchandise shop 

uncle Steven


Actually tempat wayang tu kecik je, ada 9 seats kalau tak silap. Dan disebabkan ia masih belum famous, maka boleh lah uncle steven tu tunggu kalau kita lambat. Walaupun kecil, tapi tempat tu sangat menarik dan proper. They do it in professional way takdelah style wayang pacak ke hape. 

Kedua, pergi tgk Thor 3D pulak. Hee, I haven't watched the first one tapi I still enjoy the show. My fav character of course Loki, oh man..he's so cool. 

Third...

so that's about it. Tu je benda prominent aku buat hujung minggu ni. Huu

Anyway, masa nak beli tiket Thor, line beratur punyalah panjang. Aku terus download TGV apps then book online. It was easy. If you want to keep yourself away from the hassle, TGV apps is very reliable. Klik klik klik pastu bayar guna CC atau paypal. Bila nak masuk wayang, tunjuk je QR code kat henpon, dia scan dan TA-DAAA (sila sebut dgn gaya Loki dlm Citer Thor hehehe)...dah boleh tgk wayang dah. 

Pastu...haa ni part paling sadis. Before balik rumah, aku singgah satu kedai donut ni nak beli kopi. Aku kan sukaa beli coffee pastu..heyyy, mengundang marah betul lah. Budak yg jaga counter tu sangat laa, entah la nak kata blur tak, nak kata takpaham bahasa emm ye kot. Aku order hot mocha, and caramel swirl of which aku baca menu tu direct dari signboard atas kepala dia..lagi dia sibuk tanya order apa? apa? 

Aku cakap melayu, dia ckp inggeris, bila aku cakap inggeris, dia tak paham pulak. Budak perempuan yg buat kopi aku tu pun ..hmm, menyakitkan hati taw. Sakit hati kiteee. Dah laa, kesimpulannya, takmo beli kopi kat situ lagi. rugi dah kau. Dah laa campak je straw aku, fine! No sorry, no thank you. Owh well..~

Hmm..that's all, bye for now.

Friday 8 November 2013

Tentang Atuk.

Selepas Subuh tadi, aku terus ke ruang tamu, duduk di sofa dengan handphone di tangan. Niat di hati, tak mahu tidur tapi entah macam mana aku terlelap jua.

Lalu aku bermimpi.

Mimpi yang cukup meluluhkan hati, tentang seorang insan yang cukup dekat dengan hati ini. Atuk.:(


Sedaya mana dicuba, awal mimpi memang mustahil untuk diingat. Aku tak tahu bagaimana cerita mimpiku bermula cuma yang pasti ada waktu aku, atuk dan adikku, Khalid di sebuah kedai makan seakan restoran. Atuk lapar mungkin.

Kemudian, kami bertiga berada di atas jalan raya, menunggang motor pacak 3. Atuk bawak, Khalid di tengah dan aku paling belakang memeluk erat mereka berdua. Kami hanya mengikut atuk, ke destinasi yang entah di mana, aku tak tahu. Yang aku tahu kami masih di Johor Bahru, sekitar Tarom dan Yahya Awal.

Pelik, tiba-tiba kami nampak seorang tourist yang kebingungan. Sesat mungkin namun tidak ditolong oleh ladyboy Siam yang ditanya. Hehe...yang ni kelakar.

Kemudian, ada satu family orang putih juga mencari arah 'Jalan Cerapan' (8) ? mungkin.

Lagi kepelikkan bila boss aku pun ada di situ, cuba membantu mereka. Pelik sungguh.

Atuk terus cuba menunjuk arah, dengan bahasa tangan. Dalam mimpi tu, aku sendiri keliru, kenapa atuk berbuat begitu sedangkan Bahasa Inggeris atuk sangat bagus. He can explain the direction in english very well but why he has the difficulties in doing so now?

Yang penting, kami teruskan perjalan. Kami menuruni bukit dengan motor, di sekeliling ku, aku cuma perasan semak lalang hijau di depan, kemudian ada menara pencawang, di depannya kelompok perumahan.

Dalam pelukan aku pada Khalid dan atuk, aku merasa badan atuk seakan tidak stabil, teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan. Aku tak pasti, lalu aku dakap badannya lebih erat lagi. Khalid juga sama.

Tiba waktu paling sedih dalam mimpiku..

Dari belakang, aku bertanya..

"Atuk OK??"

Itu soalan yang biasa aku tanya kepada atuk semasa hayatnya, setiap kali kami berjumpa, setiap kali aku pulang dari mana-mana, setaip kali balik dari asrama, setiap kali pulang kerja, setiap kali aku menjengah bilik atuk untuk melihat dia, setiap kali aku merasa untuk berbual-bual dengannya, setiap kali aku bercakap di telefon dengannya,.. Setiap Kali. Aku bertanya 'Atuk OK?' dengan nada sama yang selalu kusebut.

"Atuk okayy.." ..Jawapan yang sama kuterima juga. Persis jawapan ketika hayatnya. Dengan nada suara yang sama.

Dalam mimpi itu, aku dapat rasakan yang aku tersenyum bila mendengarnya. Atuk ok...dan itu cukup membahagiakan.

Dari belakang motor, dengan tangan aku yang memeluk tubuh atuk, aku kemaskan kedudukan tangan, dan ku tunjuk isyarat bagus degan ibu jari kiri kepadanya. Spontan. Sekadar affirmation.

Kemudian, tanpa ku duga, atuk sambut isyarat bagus ku dengan ibu jarinya pula.

Lalu aku senyum lagi.

Aku senyum dan tiba-tiba berasa sedih. Aku mula menangis dalam diam. Air mata mulai gugur. Aku tahan perasaan agar tidak didengar esakan aku oleh Khalid mahupun atuk. Aku menangis kerana, aku tahu yang 'nice gesture' yang atuk buat itu akan buat ku merinduinya bila dia tiada nanti. Aku menangis kerana, aku tahu aku akan ingat kejadian tu bila atuk sudah tiada. Aku menangis memikirkan kemungkinan kehilangannya.

Tubuhku masih bergoncang..dalam esakan tangis kesedihan. Dalam mimpi tu, aku menangis seakan-akan betul..

..cukup betul, hingga membuatkan aku terjaga dari lena.

Aku kini di atas sofa. Di tengah rumah. Tiada khalid, tiada atuk. Bayang motor, semak dan lalang telah hilang. Realiti mengetuk mindaku. Atuk memang telah tiada. Atuk dah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi sekujur badan yang dapat ke peluk. Dalam jaga itu..aku memeluk tubuhkan sendiri, seolah-olah atuk masih ada di depan, aku pejamkan mata...dan air mata berjurai lagi.

Sedih hati ini, hanya tuhan saja yang tahu. Jika ini cuma mainan mimpi, aku terima. Walau sekadar mainan, ia sudah cukup membuatkan rinduku pada atuk membuak.

Aku panjatkan doa, agar atuk dan orang-orang yang ku sayang diampunkan dosa, aman dan damai di sana. Aku bermohon agar Allah membalas rasa kasih dan sayang atuk pada ku pula. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas. Aku pasrah.

Saat cerita ini ditulis, aku masih menangis. Sendirian. Tubuhku masih bergoncang menahan esak di dada. Aku tidak mahu menangis semahu-mahunya. Ini sudah cukup menyeksakan.

..and to Him, you shall return. (Quran 10.56)


Ya Allah, semoga aku dan atuk berjumpa semula di syurga suatu hari nanti.
Amin, ya rabbal alameen.

Thursday 7 November 2013

Kedai Roti Verbena

Amacam tajuk post 'Kedai Roti Verbena'? kihkihkih

Nama sedap dia Verbena;Bakery and Pastry Shop. Begitu aku rasa.

Ni adalah bakery yang boleh direkemen kepada orang ramai. Roti dia sedap, takde rasa generic yang ada bila bakery start buat mass production. Kadang-kadang, org yang jual roti dan pastry ni, bila dah start jual banyak, rasa dia sama, struktur doh keras dan rasa yis dia terlebih. Kedai ni tak...roti, kek, segala benda yang aku makan rasa sedap. Yums

Lunch tadi makan kat sini. Aku pilih roti yang tak pernah makan dan/atau nama yang pelik-pelik. Aku amek Jappanese Milk Roll, Cinnamon Roll, French Brioche, Pretzel, French Blini. Semua sedap! Pretzel dia tak sesedap Aunty Anne's tapi masih masuk kategori yummy. Cinnamon roll lembut, rasa kayu manis tak kuat dan ada crunchy bits dalam setiap layer emm dap dap dap.

Selalu kalau datang sini, akan ada chef yg rasanya adalah owner/manager bakery. He's chinese but he has tanned skin. Muka macam melayu tapi bila cakap pelat cina! Sometimes bila dia ada, I would stare at him tanpa sengaja and when he speaks, I just drool haha. Over.

Tadi dia takde plak, *mencik*.
*tampar diri sendiri*

Lokasi : Kulai. Sila google maps :p


Wednesday 6 November 2013

The Second Chance

I know this one person, who was a drop-out from school and now is taking SPM back, on his own initiative. When I knew about his intention to re-seat, I was shocked and in disbelief. He falls into the category of 'the least person you thought that still want to study or has anything related with school'. 

I just helped him to study. Doing last minute revision, sum up everything that you should have learned in 2 years into one night study revision. That is the challenge. I hope, I taught him enough, just enough to pass and has better life in future. 

If one can be assessed according to effort, I will give him an A. 



I, myself learned a lot from this situation.

  • Education is important. 
  • Doing your best is much more important. 
  • Should we judge one's ability based on his capability to answer some questions in exam?
  • How parents and teachers should play their roles?
  • How about us, do we contribute enough?
  • What will happened to these dropouts if no one guide them?

...

the list goes on and on. 

Among all the lessons-learnt, I must say that, We, as an adult should always encourage youngsters to do their best, to behave well, to be a kind person, to treat and respect others right, to guide them about the rights and wrongs and so on. Even when we have to be hypocrite sometimes.

Can we really expect them to learn about life by themselves?


I better stop now,I'm so tired. bye for now~

Tuesday 5 November 2013

National Geographic 125th Anniversary Exhibition in Singapore

Salam and hai,

Let me start with a proper introduction, Assalammualaikum and hi all! It feels good to be back at blogspot-sphere :)

Anyway, ahad lepas ada pergi ke Vivocity di Singapura semata-mata nak tengok photo exhibition of 'National Geographic 125th Anniversary Collector's Edition'. It was great, though the place was just a tiny humble small space at shopping mall lobby, facing the entrance.



Walaupun kecil, that still give me enough reason to cross the border, rode a bus, took mrt, had a long walk before reaching the mall. Fuh :p

Niat nak tengok tu bukan datang secara spontan sebab ada a series of event yang membawa kepada pemergian ke sana HAHA skema gila ayat. Tetiba rasa nak buat kronologi, ahh tak kira!

1. One fine day, - Nampak dato jj (Johan Jaffar) tweet pasal majalah National Geographic edisi 125th anniversary ni. For me, benda tu nampak menarik as I'm a fan also.

2. Jumaat lepas - singgah kedai majalah dan beli. Ingatkan mahal puluh2 ringgit tapi 14 hengget 50 posen je. Ok lah, tebal kot.

Then I share about it in my twitter (kepoh, i know teehehe) and suddenly nampak a singaporean twitter friend link about its exhibition in singapore. Terus rasa macam..NAK PERGI!

3. Sabtu - bermula cuti panjang 4 hari tanpa plan apa-apa. Bosan weh, tak kan nak basuh baju kemas rumah je...tapi that was what happened laa. Hari sabtu was wasted. Jadi suri rumah je.

4. Ahad - Decided to go to to Singapore. I was alone, adik tak nak ikut (orang baru nak belanja..) and the main reason is to see those photos!

Begitulah lebih kurang kronologi dia.

So siap-siap, tukar duit, makan semua terus gerak sendiri naik bas. Agak excited sebenarnya tapi bila datanng,  rasa macam 'dah agak dah' bila tengok pameran tu tak besar. Aku rasa ada dalam 50 keping gambar kot yang dorang display. So ingat, kalau orang buat pameran kat shopping mall, keep your expectation low. Selalunya, pameran tu bersaiz kecil, tak banyak benda display.

Spend masa lama jugak kat pameran tu, tengok baca dan menghayati, alang-alang dah sampai kan. Kalau boleh aku bagitau, gambar-gambar yang dipamer adalah antara yang terbaik dari yang terbaik. Mungkin aku bukanlah pakar dalam menilai kualiti gambar apatah lagi tahu komposisi atau teknik ambil gambar yang bagus, cuma dari sudut pandangan awam, aku suka gambar yang bercerita. 'A picture is worth a thousand words'. Dan aku tau lah sikit-sikit pasal teknik pencahayaan, saturation, angle ambil gambar macam mana...tau sikit je lah, sikit je.

Dalam banyak-banyak gambar, ni gambar paling aku minat.

Caption : Year 2006
Democratic Republic of the Congo
Photographer : Ian Nicholls
A silberback soaks in a swamp for hours while munching herb roots. 

Sebab cerita dia menarik, baca caption, tengok gambar,  terus suka.

This is like the coolest selfie at it's time. A combination of selfie, silhouette, that hat, the shadow, the black and white...everything, so hipster-style :D

Year 1936
France, Paris
Photographer : Maynard Owen Williams
Photographer's reflection in a cut-out silhouette in a window. 


Cuba imagine kedudukan photographer masa ambil gambar ni. If this is not came from a remote cam, it must be very scary.

Year 2002


Yang putih tu unta, yang hitam tu bayang-bayangnya.

Year : unknown
Oman : Empty Quarter
Late-day sun silhouette camels in search for grass in Oman
Cool kan?

Ni memang cantik laa. Gambar dua singa, di bawah langit yang gelap dan tanah sekeliling yang terang bercahaya.

Year 2007


Gambar tahum 1935, zaman hitam putih dan budak-budak jalanan buat kerja kasar dengan smart attire.

Year 1935
Boston, USA
Photographer : Luis Marden
Boys bootblacks on the street.


Habis tu jalan-jalan kat vivocity ni, it's freaking big, penat jugak ke hulu ke hilir. Btw, aku beli luggage kat sini sebab murah ada sale dan dengan harga yang aku bayar tu, boleh dapat luggage yang bagus dan berkualiti. Sebelum ni survey kat jusco malaysia macam hampeh je. Alhamdulillah nasib baik tak beli awal-awal. Aku beli sunglasses tgh sale 20 dollar, murahhh. Masa tengah shopping tu lah aku rasa benci pulak tengok duit ringgit yang murah ni. Purchasing power kita sangat rendah, dengan 10 ringgit katakan, apa je yang boleh kita dapat. Benci taw. Bila ntah pemerintah nak naikkan ekonomi ni, rindu zaman dr mahathir..(eh tetibe)

Pastu macam takde kerja kan, jalan-jalan sorong luggage kosong. Niat nak pergi arab street atau stay singapore sampai malam terus dimatikan.

Before maghrib aku balik, dengan beg sebesar alam tu. Gigih betol. Singgah CS nak beli hot coffee, tapi aku pergi order 'hot tiramisu' , apekah? Hmm..sedaplah jugak, aku tak sure ni campuran kopi macam mana tapi rasa dia macam hot chocolate yang lemak manis ada caramel. Kalau penat, atau sejuk, boleh lah order kat Jco ek.

Dari cs nak balik rumah aku naik teksi, dan aku berbual ngan abang teksi yang cool tu. Hmm..dah lama tak naik teksi, dan dah lama tak ada conversation yang best dgn drebar teksi. Pastu, aku g warung makan dengan ayah aku sambil tgk final Malaysia cup.

It was a long day, rasa ok lah cuti panjang ada buat sesuatu dan pergi somewhere, ye dak? Esok pagi bangun, kaki aku sakit macam baru lepas workout 7 jam. Nampak sangat banyak berjalan tapi takpe, I had fun :)